Teacher Nur Syamimi Razak ^,^

My photo
Anak perempuan kepada peniaga kecil dan akauntan kewangan . Bakal menjadi Mualim dalam bidang Mathematics. Hamba Allah Sepenuh masa. Bakal Tetamu Allah. Bakal Zaujah kepada Zaujiku. Bakal Ibu kepada anak-anakku . Ukhwah Fillah abadan abada ....

Monday 6 May 2013

Kuatkan hatimu wahai cikgu . . . . .



Jangan mudah patah semangat cikgu ,
Jangan mudah menitiskan air mata cikgu ,
Jangan mudah menuduh prasangka yang tidak baik kepada orang cikgu .
Sabar cikgu ,
Senyum cikgu ,
Teruskan senyuman comel mu cikgu .



"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman . " ~ (Al Imran :139 )


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " ~ (Al Baqarah : 286)


"Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. " ~ (At-Talak : 7)


"Tidak ada sesuatu musibah tang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." ~ ( At Tagabun : 11)


Melalui hari-hari ini dengan hati yang kosong , berjalan-jalan di blog seorang sahabat , tertarik dengan 4 ayat dari Kalam Suci Allah . Allahurabi......
Rasa macam mendapat satu tarikan atau semangat yang baru .
Apabila kita seronok dan rasa bahagia, mesti kita akan lupa pada Sang Pemilik .
Sesuatu yang "tidak halal" mesti tidak diredhai Allah .

KAMU PATUT DIUJI ! KAMU PATUT DIUJI ! KAMU PATUT DIUJI !

Selesai menunaikan Solat Sunat Dhuha pada pukul 11.30 pagi , setelah itu, cikgu membaca Surah Al -Muhammad dan menghabiskan satu juzuk. Cikgu duduk di atas tikar sejadah dan termenung seketika .

Adakah Allah masih sayang aku ?
Adakah pilihan yang aku buat terbaik untuk diri ku ?
Adakah aku seorang sahabat yang baik untuk si DIA ?
Adakah salah cara aku berkawan dengan SI DIA ?
Adakah dengan cara ini aku rasa sayang dan mahu bimbing sama-sama dengan SI DIA ?

KAMU PATUT SEDAR CIKGU ! KAMU PATUT SEDAR CIKGU !

Banyaknya dosa dah lakukan sebelum ini..... memanglah tidak berjumpa , menjaga batas-batas yang dituntut dalam Islam . tetapi hati cikgu ?? tetap ia dikira zina cikgu ????
Cikgu sedar, Allah sedang menguji diri cikgu . Cikgu panjatkan doa mahukan calon Imam cikgu seperti Si Dia. memang Allah beri tapi cikgu, adakah cikgu sedar bahawa itu satu ujian buat diri cikgu . Jaga hatimu cikgu . Jaga hatimu cikgu . . . .  Allah itu sentiasa ada . Tidak kira lah, mana sekali Allah campak , "sorang letaknya di Utara, sorang lagi campak di Selatan. " Jika Allah itu hendak satukan hati mereka, walau macammana jauh pun terpisah, pasti Allah akan satu kan hati mereka dengan cara yang diredhai di sisi agama .

JIKALAU BUNGA ITU MEMANG UNTUKMU,
WALAU DI MANA IA TUMBUH,
TATKALA MEKAR IA PASTI JADI UNTUKMU,
DAN JIKALAU KUMBANG ITU MEMANG UNTUKMU,
WALAU DI MANA IA TERBANG,
TATKALA BERHENTI IA PASTI HINGGAP DI DASAR HATIMU .

Kamu patut sedar cikgu, kamu perlu berjaya dahulu demi keluarga tersayang . Cikgu perlu didik diri cikgu supaya menjadi solehah, tidak perlu memikirkan calon yang soleh untuk dicari .
Setiap doa cikgu, cikgu sentiasa berdoa supaya Allah beri petunjuk kepada diri cikgu, beri jawapan dan pilihan yang terbaik untuk diri cikgu .

Ya Allah, andainya dia yang terbaik untuk dunia dan akhiratku . maka satukanlah kami dalam pernikahan yang Engkau redhai. Tapi andainya dia tidak baik untuk dunia dan akhiratku. maka pisahkan lah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan. Aminn Allahuma Aminn .

Perbualan dalam telefon antara anak perempuan yang kuat nangis bersama abah yang dimanja ~~

Abah : Assalamualaikum puteri abah . Sihat ? macmana keadaan kak ngah ? ubat dah makan ? study ok ?
Anak : Waalaikumusalam abah . kak ngah sihat . ubat belum makan sebab mengantuk bila nk study . rindu       nak jaga kedai dgn abah .... (nada sedih) .
Abah : kak ngah tga sedih ke ni ? kuat lah sikit kak ngah .... gaduh dgn org utara la tu xlain ni... (abah gelak)
Anak : (senyap)..... mna ada gaduh la abah. perselisihn faham je sejak akhir2 ni.. macmana nk buat abah ?
Abah : mesti kak ngah tga stress ni bila gadoh2 mcm ni. Abah dah pesan, simpan perasaan di tempat yang elok. masa sekarang kak ngah perlu fokus dgn pelajaran. abah dah beri semua, apa yg kak ngah nak. sekarang abah nak kak ngah fikir tentng pelajaran kak ngah dulu ye......
Anak : baik abah. kak ngah minta maaf abah...... kak ngah tak pandai nak beri masa dan kawal emosi kak ngah. kak ngah cuba abah. abah doakan kak ngah.. kak ngah minta maaf. (air mata dah mengalir). abah.... nak tanya boleh ??? abah terima calon menantu yng macamana ?
Abah : nak kawen sgt ke tuu ?? (tergelak anak perempuan dgr xjdik smbung nangis. heheh ) Calon menantu abah msti yang boleh bimbing anak abah . Elok agamanya, yang peting sekufu disisi agama. tak kisahlah dari kutub utara ke, kutub pantai timur ke.... yang penting bersedia untuk menjadi Imam kepada anak abah ..... dah la tu....... pikir pelajaran. abah ada bnyk kerja nak buat kt kedai ni. nanti abah bank in duit .
Anak : ok abah............... (dngr dapat duit ) terus senyum n ketawa... huhu SAMBUNGAN....

Abah buah hati dan hero paling cikgu sayang . walaupun abah orang lain, berkerjaya besar seperti doktor, guru, engineer , architure.... abah cikgu hanya peniaga kecil selepas sakit buka perniagaan sendiri dari titk peluh yang susah hingga berjaya ALHAMDULILAH sampai sekarang. Abah cikgu dulu pelukis pelan di FAMA. tiba-tiba Abah sakit Appendix dan tidak boleh kerja yang lasak-lasak kat sites.So abah berhenti. Sayang Abah dan Ibu .


"BERFIKIR MEMATANGKAN DIRI "

"Corak fikiran dibentuk oleh Iman yang dimiliki, oleh seseorang. Baik Imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu " (:

~CIKGU NSR ~ <3

Friday 1 February 2013

Bercintalah kerana Allah .




Hidup ini adalah satu kembara. . . . 

. . . . .  kembara mencari sinar cahaya ,

petunjuk dari Yang Maha Esa .



" Di dalam hidup manusia, pelbagai perkara berlaku dan terjadi. Kehidupan manusia terbina dengan kesenangan, kepayahan, kedukaan, kegembiraan dan 1001 macam perasaan dan situasi. Kehidupan manusia juga terbina dengan kehadiran manusia lain di dalamnya. Anak-anak, isteri, suami, ayah, ibu, kawa-kawan, musuh, dan sebagainya. Kehidupan manusia juga terbina dengan akidahnya, pegangannya, dan kefahamannya. Namun kehidupan yang bagaimanakah kita mahukan ?"

Bismilahirrahmannirrahim . . .

Semarakkan Cinta Untuk Dicintai.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki bertemu dengan Sayidina Umar Al-Khattab. Kemudian dia melihat Sayidina Umar Al-Khattab mengucup dahi anaknya. Dengan angkuh lelaki itu berkata,

         " Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sekali pun aku mengucup dahi mereka."

Sayidina Umar berkata, " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi (ALLAH) '".

Ada segelintir daripada manusia, yang memandang jelek kasih sayang dalam kehidupan. Mereka terhijab dengan satu hijab yang tebal bernama EGO. Suami EGO untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri. Isteri pula EGO hendak menunjukkan cintanya kepada suami. Ibu bapa Ego untuk menunjukkan kasih mereka kepada anak-anak. Anak pula rasa EGO untuk mempamerkan cintanya kepada ibu bapa. Sahabat EGO dalam menonjolkan sayangnya kepada sahabat yang lain. Abang EGO menunjukkan kasihnya kepada adik dan adik pela EGO dalam menyayangi abang. 

Begitulah kebanyakkan yang berlaku antara kita. Ego menghijab kasih sayang. Bukannya kita tidak sayang, tetapi kita tidak suka menunjuk. Biasanya orang akan kata, " Sayang tu xperlu nak tunjuk-tunjuk "




Apakah yang ada dalam konteks Islam , Iman dan Ihsan (3i) ? Segelintir kita mengaku Islam sekadar 

mengungkap perkataan  " Aku seorang ISLAM ".  Cukupkah ungkapan sebegitu ? Ada juga yang 

mengungkap " Saya menerima ISLAM sebagai agama ." Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita 

menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan 

sedemikian ? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan ta

npa diikuti perbuatan ?



Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui 

persaksian ini, Manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh 

Nya dan apa yang dilarang oleh Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan 

Iman dan Ihsan dalam Konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan 

Keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap 

keredhaan Nya .



Konsep 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai 

insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman, dan Ihsan menjadi manusia 

mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu 

Allah bersama persiapan yang rapi .

~ Laman Syurga <3 ~

Friday 27 April 2012

Andai dia Jodoh ku





Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab rupa paras yang elok dapat menyesatkan .


Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan .


Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap


menjadi cerah .

Saturday 21 April 2012

Stressfull week ^,~






 Hi , reader 's ^___________^ ,

This week busy sangat dengan aktiviti universiti . Jadual padat sangat . Letihnya rasa . . 2 , 3 pagi baru tido

sbb nak study ..huhuhu... memang dah biasa stay up sampai pagi untuk belajar.hehehe.. Dari zaman sekolah 

sampai lah kt universiti nie..hehehehe... First of all , rasa happy dan bersyukur kehadrat Ilahi sebab semalam 

pada hari Jumaat, 20 April 2012 adalah Malam Majlis Kecemerlangan Anugerah Jabatan Matematik , UPSI 

.. ALHAMDULILAH , dapat anugerah Dekan .. dean list !!!



Ini untuk ibu dan abah . . . . . . 


Perasaan bercampur baur, sedih dan gembira . kalau lah abah dan ibu ada time majlis tue sure lah memang 

menangis..hehehe...Cause melihat kejayaan anak die yang comel  yang akan bakal menjadi 

CIKGU nie.hehehehehe %_________% .

#hopefully, maintain sampai 8 semester dapat DEAN LIST !!!!! INSYAALLAH :')


NOW, focus untuk mid-term exam akan datang dan final yang akan menjelang tidak lama lagi .huhu




Calculus ohhh calculus . . 

#subject nie lah menyebabkan pointer kantoi ! xdapat 4.00 flat :'(




#fuhhhhh , sarat dengan nota ! hehehe :')




mimi's memo ^_________^



# At last , ALL THE BEST to all friends for the exam . . . AT48 -  Sains Matematik  and AT14 -  Matematik . . hopefully soalan senang..huhuhu...Mudah-mudahan di permudahkan segala urusan ketika EXAM !

JANGAN STRESS!!! INI SEMUA UJIAN HIDUP ^________^



Friday 20 April 2012

Aku Hamba Allah yang Kerdil





Ya Rabb . . .

Aku selalu membuat dosa

Sering melakukan kesalahan

Sekalipun aku sudah pun mencuba

Untuk menolaknya wahai Tuhan

Dengan Rahmat-Mu Engkau

ampunkanlah

Seluruh dosa-dosaku

Jangan biarkan , 

aku terumbang-ambing

Dan terggelam dengan dosa

Aku ingin hamba-Mu

Aku adalah Boneka

Yang Engkau cipta

jangan Engkau biarkan aku

Tanpa pimpinan, 

aku akan tersesat jalan

Kalau Engkau biarkan aku

Dengan dosa dan noda

Kalau Engkau tinggalkan ku

Dengan kesalahan 

segala yang ku miliki

Tiada erti apa-apa .

Aku ingin perbaiki Iman ku setiap hari supaya tidak terpesona dengan keseronakkan dunia.

Perjalanan ku sebagai seorang pelajar yang sangat sibuk dengan tutorial, lecture hall , meeting sana-sini..

Aku tidak mahu lalai dan alpha dengan kesibukan hidupku untuk mendekati diri-MU .

Aku sentiasa BERDOA setiap langkah dan perbuatan yang Allah atur untuk diriku supaya menjadi lebih tenang dan cekal dengan setiap tindakan yang aku ambil.

Aku sering BERDOA semasa doa terakhir ku supaya Allah sentiasa memberi HIDAYAH dan RAHMAT -Nya kepada diri ku supaya aku sentiasa menjadi Insan yang diredhaiNya .

Aminn..

YA RABB .





Tuesday 10 April 2012

Mr. Prince


<3  I LOVE YOU  <3

Rase happy jep bila dengar kata-kata ini kan . .

Rasa macam bahagia and Her/Him  very protective about you .

hehehehehe

ASSALAMUALAIKUM CINTA ,

WAALAIKUMUSALAM RINDU . . . .<3





<3 I Miss you <3

Cinta itu adalah suatu perasaan dan experience yang sangat indah :')

Ade ke istilah "COUPLE" dlm Islam ????

ade ke??

ade ke??

apa kesudahnya perhubungan "COUPLE" tue??

Biarlah orang nak kata yang kita nie KOLOT bila xde couple!!

How's care???

Jodoh itu telah ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya . :')

Kita sebagai hamba hanya boleh bertawakal dan berdoa supaya Allah temukan jodoh yang baik untuk diri kita :')

Ramai bertanya pada diri ku . . hati sudah terisi ke??expecially all kawan-kawan my parents :')

ku menjawab dengan tenang belum lagi,, InsyaALLAH pada suatu hari nanti . . :')

And to all my friends expecially GUY , , bukan ade rase DEMAND or JUAL MAHAL dalam diri ini untuk memilih . . :')

tapi , perasaan nie tidak boleh di buat main-main . . . 

Prinsip diriku , , kalau setakat nak kawan main - main  ..sorry to says . ."Awak, carilah perempuan lain yang lebih terbaik dari saya" :)

Kasih sayang ku

Cinta ku

Rindu ku

hanya pada dirimu wahai Suamiku yang akan jadi IMAM ketika  solat dan BAPA yang soleh untuk anak-anak ku serta keluarga kita . . . . :')

YA RABB , ,

KAU HADIR KAN LAH RASA CINTA ANTARA KAMI HANYA KERANA MU ,
YA ALLAH . . 

KAU DEKAT KAN LAH HATI KAMI HANYA KERANA MU ,
YA ALLAH . .

MUDAH-MUDAHAN RASA CINTA DAN SAYANG ANTARA KAMI TIDAK MELEBIHI RASA CINTA HAMBA PADA MU ,
YA ALLAH . .
Aminn . InsyaALLAH .

LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK
# Begitulah di sebaliknya .

Itu Janji Allah .

Didik la diri ini menjadi solehah dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik :)