Teacher Nur Syamimi Razak ^,^

My photo
Anak perempuan kepada peniaga kecil dan akauntan kewangan . Bakal menjadi Mualim dalam bidang Mathematics. Hamba Allah Sepenuh masa. Bakal Tetamu Allah. Bakal Zaujah kepada Zaujiku. Bakal Ibu kepada anak-anakku . Ukhwah Fillah abadan abada ....

Friday 1 February 2013



Apakah yang ada dalam konteks Islam , Iman dan Ihsan (3i) ? Segelintir kita mengaku Islam sekadar 

mengungkap perkataan  " Aku seorang ISLAM ".  Cukupkah ungkapan sebegitu ? Ada juga yang 

mengungkap " Saya menerima ISLAM sebagai agama ." Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita 

menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan 

sedemikian ? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan ta

npa diikuti perbuatan ?



Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui 

persaksian ini, Manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh 

Nya dan apa yang dilarang oleh Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan 

Iman dan Ihsan dalam Konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan 

Keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap 

keredhaan Nya .



Konsep 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai 

insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman, dan Ihsan menjadi manusia 

mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu 

Allah bersama persiapan yang rapi .

~ Laman Syurga <3 ~

No comments:

Post a Comment