Teacher Nur Syamimi Razak ^,^

My photo
Anak perempuan kepada peniaga kecil dan akauntan kewangan . Bakal menjadi Mualim dalam bidang Mathematics. Hamba Allah Sepenuh masa. Bakal Tetamu Allah. Bakal Zaujah kepada Zaujiku. Bakal Ibu kepada anak-anakku . Ukhwah Fillah abadan abada ....

Friday 1 February 2013

Bercintalah kerana Allah .




Hidup ini adalah satu kembara. . . . 

. . . . .  kembara mencari sinar cahaya ,

petunjuk dari Yang Maha Esa .



" Di dalam hidup manusia, pelbagai perkara berlaku dan terjadi. Kehidupan manusia terbina dengan kesenangan, kepayahan, kedukaan, kegembiraan dan 1001 macam perasaan dan situasi. Kehidupan manusia juga terbina dengan kehadiran manusia lain di dalamnya. Anak-anak, isteri, suami, ayah, ibu, kawa-kawan, musuh, dan sebagainya. Kehidupan manusia juga terbina dengan akidahnya, pegangannya, dan kefahamannya. Namun kehidupan yang bagaimanakah kita mahukan ?"

Bismilahirrahmannirrahim . . .

Semarakkan Cinta Untuk Dicintai.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki bertemu dengan Sayidina Umar Al-Khattab. Kemudian dia melihat Sayidina Umar Al-Khattab mengucup dahi anaknya. Dengan angkuh lelaki itu berkata,

         " Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sekali pun aku mengucup dahi mereka."

Sayidina Umar berkata, " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi (ALLAH) '".

Ada segelintir daripada manusia, yang memandang jelek kasih sayang dalam kehidupan. Mereka terhijab dengan satu hijab yang tebal bernama EGO. Suami EGO untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri. Isteri pula EGO hendak menunjukkan cintanya kepada suami. Ibu bapa Ego untuk menunjukkan kasih mereka kepada anak-anak. Anak pula rasa EGO untuk mempamerkan cintanya kepada ibu bapa. Sahabat EGO dalam menonjolkan sayangnya kepada sahabat yang lain. Abang EGO menunjukkan kasihnya kepada adik dan adik pela EGO dalam menyayangi abang. 

Begitulah kebanyakkan yang berlaku antara kita. Ego menghijab kasih sayang. Bukannya kita tidak sayang, tetapi kita tidak suka menunjuk. Biasanya orang akan kata, " Sayang tu xperlu nak tunjuk-tunjuk "




Apakah yang ada dalam konteks Islam , Iman dan Ihsan (3i) ? Segelintir kita mengaku Islam sekadar 

mengungkap perkataan  " Aku seorang ISLAM ".  Cukupkah ungkapan sebegitu ? Ada juga yang 

mengungkap " Saya menerima ISLAM sebagai agama ." Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita 

menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan 

sedemikian ? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan ta

npa diikuti perbuatan ?



Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui 

persaksian ini, Manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh 

Nya dan apa yang dilarang oleh Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan 

Iman dan Ihsan dalam Konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan 

Keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap 

keredhaan Nya .



Konsep 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai 

insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman, dan Ihsan menjadi manusia 

mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu 

Allah bersama persiapan yang rapi .

~ Laman Syurga <3 ~