Teacher Nur Syamimi Razak ^,^

My photo
Anak perempuan kepada peniaga kecil dan akauntan kewangan . Bakal menjadi Mualim dalam bidang Mathematics. Hamba Allah Sepenuh masa. Bakal Tetamu Allah. Bakal Zaujah kepada Zaujiku. Bakal Ibu kepada anak-anakku . Ukhwah Fillah abadan abada ....

Monday, 6 May 2013

Kuatkan hatimu wahai cikgu . . . . .



Jangan mudah patah semangat cikgu ,
Jangan mudah menitiskan air mata cikgu ,
Jangan mudah menuduh prasangka yang tidak baik kepada orang cikgu .
Sabar cikgu ,
Senyum cikgu ,
Teruskan senyuman comel mu cikgu .



"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman . " ~ (Al Imran :139 )


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " ~ (Al Baqarah : 286)


"Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. " ~ (At-Talak : 7)


"Tidak ada sesuatu musibah tang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." ~ ( At Tagabun : 11)


Melalui hari-hari ini dengan hati yang kosong , berjalan-jalan di blog seorang sahabat , tertarik dengan 4 ayat dari Kalam Suci Allah . Allahurabi......
Rasa macam mendapat satu tarikan atau semangat yang baru .
Apabila kita seronok dan rasa bahagia, mesti kita akan lupa pada Sang Pemilik .
Sesuatu yang "tidak halal" mesti tidak diredhai Allah .

KAMU PATUT DIUJI ! KAMU PATUT DIUJI ! KAMU PATUT DIUJI !

Selesai menunaikan Solat Sunat Dhuha pada pukul 11.30 pagi , setelah itu, cikgu membaca Surah Al -Muhammad dan menghabiskan satu juzuk. Cikgu duduk di atas tikar sejadah dan termenung seketika .

Adakah Allah masih sayang aku ?
Adakah pilihan yang aku buat terbaik untuk diri ku ?
Adakah aku seorang sahabat yang baik untuk si DIA ?
Adakah salah cara aku berkawan dengan SI DIA ?
Adakah dengan cara ini aku rasa sayang dan mahu bimbing sama-sama dengan SI DIA ?

KAMU PATUT SEDAR CIKGU ! KAMU PATUT SEDAR CIKGU !

Banyaknya dosa dah lakukan sebelum ini..... memanglah tidak berjumpa , menjaga batas-batas yang dituntut dalam Islam . tetapi hati cikgu ?? tetap ia dikira zina cikgu ????
Cikgu sedar, Allah sedang menguji diri cikgu . Cikgu panjatkan doa mahukan calon Imam cikgu seperti Si Dia. memang Allah beri tapi cikgu, adakah cikgu sedar bahawa itu satu ujian buat diri cikgu . Jaga hatimu cikgu . Jaga hatimu cikgu . . . .  Allah itu sentiasa ada . Tidak kira lah, mana sekali Allah campak , "sorang letaknya di Utara, sorang lagi campak di Selatan. " Jika Allah itu hendak satukan hati mereka, walau macammana jauh pun terpisah, pasti Allah akan satu kan hati mereka dengan cara yang diredhai di sisi agama .

JIKALAU BUNGA ITU MEMANG UNTUKMU,
WALAU DI MANA IA TUMBUH,
TATKALA MEKAR IA PASTI JADI UNTUKMU,
DAN JIKALAU KUMBANG ITU MEMANG UNTUKMU,
WALAU DI MANA IA TERBANG,
TATKALA BERHENTI IA PASTI HINGGAP DI DASAR HATIMU .

Kamu patut sedar cikgu, kamu perlu berjaya dahulu demi keluarga tersayang . Cikgu perlu didik diri cikgu supaya menjadi solehah, tidak perlu memikirkan calon yang soleh untuk dicari .
Setiap doa cikgu, cikgu sentiasa berdoa supaya Allah beri petunjuk kepada diri cikgu, beri jawapan dan pilihan yang terbaik untuk diri cikgu .

Ya Allah, andainya dia yang terbaik untuk dunia dan akhiratku . maka satukanlah kami dalam pernikahan yang Engkau redhai. Tapi andainya dia tidak baik untuk dunia dan akhiratku. maka pisahkan lah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan. Aminn Allahuma Aminn .

Perbualan dalam telefon antara anak perempuan yang kuat nangis bersama abah yang dimanja ~~

Abah : Assalamualaikum puteri abah . Sihat ? macmana keadaan kak ngah ? ubat dah makan ? study ok ?
Anak : Waalaikumusalam abah . kak ngah sihat . ubat belum makan sebab mengantuk bila nk study . rindu       nak jaga kedai dgn abah .... (nada sedih) .
Abah : kak ngah tga sedih ke ni ? kuat lah sikit kak ngah .... gaduh dgn org utara la tu xlain ni... (abah gelak)
Anak : (senyap)..... mna ada gaduh la abah. perselisihn faham je sejak akhir2 ni.. macmana nk buat abah ?
Abah : mesti kak ngah tga stress ni bila gadoh2 mcm ni. Abah dah pesan, simpan perasaan di tempat yang elok. masa sekarang kak ngah perlu fokus dgn pelajaran. abah dah beri semua, apa yg kak ngah nak. sekarang abah nak kak ngah fikir tentng pelajaran kak ngah dulu ye......
Anak : baik abah. kak ngah minta maaf abah...... kak ngah tak pandai nak beri masa dan kawal emosi kak ngah. kak ngah cuba abah. abah doakan kak ngah.. kak ngah minta maaf. (air mata dah mengalir). abah.... nak tanya boleh ??? abah terima calon menantu yng macamana ?
Abah : nak kawen sgt ke tuu ?? (tergelak anak perempuan dgr xjdik smbung nangis. heheh ) Calon menantu abah msti yang boleh bimbing anak abah . Elok agamanya, yang peting sekufu disisi agama. tak kisahlah dari kutub utara ke, kutub pantai timur ke.... yang penting bersedia untuk menjadi Imam kepada anak abah ..... dah la tu....... pikir pelajaran. abah ada bnyk kerja nak buat kt kedai ni. nanti abah bank in duit .
Anak : ok abah............... (dngr dapat duit ) terus senyum n ketawa... huhu SAMBUNGAN....

Abah buah hati dan hero paling cikgu sayang . walaupun abah orang lain, berkerjaya besar seperti doktor, guru, engineer , architure.... abah cikgu hanya peniaga kecil selepas sakit buka perniagaan sendiri dari titk peluh yang susah hingga berjaya ALHAMDULILAH sampai sekarang. Abah cikgu dulu pelukis pelan di FAMA. tiba-tiba Abah sakit Appendix dan tidak boleh kerja yang lasak-lasak kat sites.So abah berhenti. Sayang Abah dan Ibu .


"BERFIKIR MEMATANGKAN DIRI "

"Corak fikiran dibentuk oleh Iman yang dimiliki, oleh seseorang. Baik Imannya, maka akan baiklah cara pemikiran dan tingkah laku seseorang itu " (:

~CIKGU NSR ~ <3

No comments:

Post a Comment